Soalan Lazim

Soalan Lazim

1Mengapa saya perlu memilih ClearSmile Invisible Aligners untuk mendapatkan senyuman yang lebih menawan?
Jika anda mahukan rawatan yang lebih cepat dan tidak mengubah cara hidup seharian anda. Rawatan yang lebih cepat juga mengurangkan kadar keciciran dari rawatan.
2Bolehkah saya melangkau langkah aligner yang telah ditetapkan?
Tidak. Anda seharusnya mematuhi dan memakai aligners berdasarkan langkah yang disediakan. Melangkau langkah boleh mempengaruhi pergerakan gigi dan memanjangkan jangka masa rawatan. Ia juga akan menjadi sukar untuk dipakai dan boleh merosakkan aligner kerana gigi anda belum bergerak ke kedudukan yang betul.
3Apa akan berlaku jika saya tidak memakai aligners mengikut tempoh minima harian yang disyorkan?
Proses rawatan anda mungkin tertunda, tidak berkesan dan memanjangkan tempoh rawatan.
4Salah anggapan mengenai rawatan aligners.

Rawatan masih berkesan walaupun memakai aligners sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika anda tidak memakai aligner mengikut ketetapan masa secukupnya, anda tidak dapat melihat keberkesanan Tambahan pula, jangka masa rawatan boleh dilanjutkan dan aligner tambahan mungkin diperlukan.

Tidak perlu berjumpa doktor gigi untuk pemantauan semasa dalam tempoh rawatan Pemantauan secara bersemuka di klinik gigi adalah penting kerana doktor gigi mungkin membuat pengubahsuaian rawatan jika pergerakan gigi semasa anda tidak mencapai tahap yang memuaskan.

5Berapakah kos rawatan aligner ClearSmile?
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
6Adakah saya perlu membayar keseluruhan rawatan sekali gus?
Sila rujuk kepada klinik gigi untuk pelan bayaran ansuran. Kebanyakan klinik menawarkan bayaran ansuran yang boleh memenuhi kehendak anda.
7Apa yang perlu saya jangkakan semasa menjalani rawatan ini?

Butang (attachments) yang dipasang diatas gigi mungkin diperlukan untuk menahan, menggenggam dan menolak gigi ke posisi yang betul.

Untuk kes-kes yang lebih rumit, butang elastik kemungkinan perlu untuk menambahkan kekuatan pergerakan gigi.

8Berapa lama perlu saya memakai aligners?

ClearSmile Invisible Aligners menggunakan kaedah 3 ketebalan iaitu lembut, sedang dan keras. Ini bermaksud

Setiap 1 langkah mempunyai 3 ketebalan yang berbeza ie 1 lembut, 1 sedang dan 1 keras

Anda harus memakai setiap aligner selama 1 minggu, 20 jam sehari (140 jam seminggu). Jumlah langkah keseluruhan bergantung kepada tahap komplikasi kes anda.

9Adakah saya perlu selalu berjumpa doktor gigi untuk pemantauan?
Salah satu salah anggapan yang dipromosikan oleh beberapa pembekal aligners yang lain adalah pesakit boleh mengurangkan berjumpa doktor. Berdasarkan pengalaman kami, salah satu faktor kejayaan rawatan aligners ini adalah pemantauan secara klinikal (bersemuka) untuk memastikan kepatuhan pesakit. Lebih kerap anda berjumpa doktor, kadar kejayaan menjadi lebih tinggi.
10Adakah ClearSmile menjamin rawatan yang sempurna?

Hasil rawatan aligners berbeza untuk setiap individu disebabkan faktor usia, kondisi gigi dan sebagainya. Oleh itu, mustahil untuk menjamin hasil setiap rawatan. Akan tetapi, ramai yang mengalami peningkatan senyuman yang ketara selepas rawatan.

Kejayaan rawatan ini banyak bergantung kepada kepatuhan pesakit memakai aligners dan pemantauan kritikal dari Doktor gigi masing-masing.

11Adakah saya perlu memakai alat penahan (retainers) selepas rawatan?
Untuk mengelakkan gigi daripada bergerak kembali ke posisi asal, kami mengesyorkan pemakaian alat penahan (retainers) bagi rawatan ortodontik termasuklah aligners.
12Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan dari rawatan saya?

Anda harus memakai setiap aligners untuk tempoh jangka masa yang ditetapkan iaitu 20 jam sehari (140 jam seminggu).

Anda juga harus bertemu Doktor gigi sekurang-kurangnya setiap 3 minggu bagi pemeriksaan dan pemantauan yang lebih terperinci. Ini penting kerana doktor gigi anda mungkin menjalankan beberapa teknik tambahan untuk memperbaiki rawatan anda.

Paling penting adalah jangan menukar aligner ke langkah seterusnya sehingga aligner semasa muat dengan sempurna.

BUY NOW